Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL: WANG MATEMATIK TAHUN 5

gcsaifulnizan.com - Wang Matematik Tahun 5
gcsaifulnizan.com - Wang Matematik Tahun 5

Setiap kumpulan diberikan wang sebanyak RM19 540. Mereka perlu membeli 5 item dan baki wangnya mesti kurang daripada RM2000.

Kumpulan yang dapat membeli 5 item secara berhemah akan dipilih sebagai pemenang. Boleh dikaitkan dengan instrumen pembayaran jika wang tunai tidak mencukupi untuk membeli 5 item tersebut.

Hasil jawapan dari 5 kumpulan tadi:

KUMPULAN 1: RM857.60
KUMPULAN 2: RM1 677.00
KUMPULAN 3: RM1 656.65
KUMPULAN 4: RM1 677.00
KUMPULAN 5: RM527.80

Kumpulan 2 dipilih sebagai pemenang kerana berjaya menyiapkan tugasan paling awal dengan mempunyai baki wang yang banyak iaitu RM1 677 selepas membeli 5 item.

APAKAH yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara kontekstual?
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.


Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).


Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa murid ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.


Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini