Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KAD 3P – HUBUNGAN ANTARA PECAHAN, PERPULUHAN & PERATUS

Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid-murid di dalam kelas saya walaupun sebenarnya ia adalah kemahiran yang amat mudah. Untuk membantu penguasaan murid, bahan bantu seperti menggunakan penggunaan Kad 3P adalah salah satu cara yang berkesan. Berikut ialah Kad 3P yang boleh digunakan. 

Pada permulaannya setiap murid diberikan Kad 3P.

Guru menyebut pecahan seperti 1/2 dan meminta murid melorek atau mewarnakan pada bahagian petak yang betul. Seterusnya murid membuat perkaitan antara pecahan (1/2) bersamaan perpuluhan (0.5) dan peratus (50%).

Guru menyebut pecahan seperti 3/4 dan meminta murid melorek atau mewarnakan pada bahagian petak yang betul. Seterusnya murid membuat perkaitan antara pecahan (3/4) bersamaan perpuluhan (0.25+0.25+0.25 = 0.75) dan peratus (25%+25%+25%=75%).

Guru menyebut pecahan seperti 2/5 dan meminta murid melorek atau mewarnakan pada bahagian petak yang betul. Seterusnya murid membuat perkaitan antara pecahan (2/5) bersamaan perpuluhan (0.2+0.2 = 0.4) dan peratus (20%+20%=40%).

Guru menyebut pecahan seperti 1/8 dan meminta murid melorek atau mewarnakan pada bahagian petak yang betul. Seterusnya murid membuat perkaitan antara pecahan (1/8) bersamaan perpuluhan (0.125) dan peratus (12.5%).

Guru menyebut pecahan seperti 3/10 dan meminta murid melorek atau mewarnakan pada bahagian petak yang betul. Seterusnya murid membuat perkaitan antara pecahan (3/10) bersamaan perpuluhan (0.1+0.1+0.1 = 0.3) dan peratus (10%+10%+10%=30%).

Lakukan aktiviti ini setiap hari selama 5 minit sebelum PdP bermula. Jika murid-murid dah hampir mahir membuat perkaitan ini cikgu-cikgu bolehlah memberikan Kad 3P yang kosong. Minta murid-murid pula mengisi petak-petak tersebut dengan nilai-nilai yang betul.

Di sini saya kongsikan Kad 3P yang boleh dicetak untuk digunakan di dalam kelas.

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini