Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CATAPULTS & PEMBELAJARAN KOORDINAT

Jom cikgu-cikgu kita selitkan aktiviti STEM dalam pembelajaran konsep koordinat. Aktiviti ini bukan sahaja murid dapat mempelajari tentang konsep koordinat tetapi mereka juga dapat mengaplikasikan pengetahuan STEM dalam kehidupan mereka.

Aktiviti berpasangan: Murid diberikan 10 batang aiskrim, 1 penutup botol, beberapa gelang getah dan gam Uhu serta satu objek lambungan.

Setelah murid membina catapult mereka secara berpasangan. Murid dibimbing untuk menyebut dan menulis koordinat pada satah cartes. Antaranya titik asalan (O,O), paksi mengufuk paksi x, paksi mencancang paksi y, baris dan lajur. Cikgu memilih murid secara rawak untuk membuat satu titik pada satah cartes dan meminta murid-murid yang lain menyebut dan menulis koordinat tersebuat pada papan tulis.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang kecil. Setiap kumpulan mempunyai satah cartes yang besar yang diperbuat daripada Kertas Majung yang dibalut dengan plastik lutsinar, marker pen, kertas koordinat, getah pelekat dan catapult. Satu satah cartes yang besar boleh dimainkan oleh 2 kumpulan murid.

Setiap murid di dalam kumpulan perlu melancarkan catapult secara bergilir-gilir. Jika catapult yang dilancarkan itu mengenai titik persilangan koordinat atau berdekatan, maka murid tersebut perlu menulis koordinat dan menampal kertas tersebut pada satah cartes. Ahli yang lain perlu menyemak koordinat yang ditulis tersebut betul atau tidak.

Murid juga boleh laraskan catapult mereka dengan menggerakan batang aiskrim ke hadapan atau ke belakang untuk menguji jarak yang boleh dicapai oleh objek lambungan.

Setiap murid diberikan giliran untuk melancarkan catapult mereka. Apabila kumpulan lawan melancarkan catapult dan lambungannya mengenai pada koordinat yang telah ditampal, maka tiada koordinat yang perlu ditulis atau ditampal. Permainan kembali kepada kumpulan lawan.

Kumpulan yang dapat menentukan koordinat yang betul dan terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.

Murid di dalam kumpulan perlu berbincang dan merancang strategi mereka untuk menyasarkan lambungan pada koordinat yang belum ditanda lagi untuk mengumpul koordinat yang terbanyak.
Setiap kumpulan diberikan kertas koordinat yang berbeza warna agar mudah untuk mengenal pasti koordinat kumpulan masing-masing.
Setelah masa permainan tamat. Setiap kumpulan perlu mengira koordinat yang telah mereka tentukan.
@saifulnizanci

#gurutiktok #matematik #gurufuturistikmalaysia

♬ Epic Music(842228) – Pavel
Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini