Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DIDIK HIBUR & PEMBELAJARAN BERTEMA DALAM MATEMATIK

Pembelajaran Bertema…Pembelajaran Bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.

Seperti biasa hari ini masuk kemahiran peratus bagi suatu kuantiti. Saya terangkan dahulu konsep bagaimana daripada peratus yang diberi, carikan kuantiti dan sebaliknya. Gunakan tema nelayan dan hasil tangkapan hidupan di laut sebagai contoh-contoh soalan.

Contohnya Saiful dapat menangkap 50 ekor ikan daripada sasaran asalnya 20 ekor ikan. Hitung peratusan hasil tangkapan ikan Saiful tersebut.

Setelah murid faham konsep dan memahami algoritma bagaimana menyelesaikan soalan, saya teruskan dengan aktiviti di dalam kumpulan.

Setiap kumpulan perlu menangkap haiwan di laut dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan. Joran disediakan bagi setiap kumpulan untuk menangkap hasil laut. Ada juga beberapa ikan istimewa, jika ditangkap akan diberikan markah lebih.

Seronok dapat melihat murid-murid aktif ketika menyelesaikan soalan di dalam kumpulan masing-masing. Konsep guru muda pun diaplikasikan disini apabila murid yang cemerlang akan membantu murid yang kurang faham untuk menyelesaikan tugasan.

Disamping belajar matematik, mereka dapat menghayati kehidupan seorang nelayan yang menempuhi cabaran di laut sebagai sumber rezeki mereka.

Bahan-bahan boleh guna bahan guna semula…plastik sampah belum digunakan. Ikan-ikan boleh buat sendiri dan beli magnet. Kalau Tak sempat nak buat ikan-ikan tu beli sahaja di shopee🤣.

Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang.

Didik hibur menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai dan berhibur menjadikan murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif.

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan suatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru harus menimbulkan minat murid untuk belajar, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan pengajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran mereka, membentuk sikap pembelajaran yang betul, memupuk idealisme yang luhur dan nilai murni yang tinggi.

Sebagai seorang guru, kita perlu merancang suatu kaedah yang boleh meningkatkan motivasi belajar di kalangan murid sekolah rendah terutamanya bagi mata pelajaran matematik yang dianggap sukar oleh kebanyakkan. Pengalaman awal kanak-kanak terhadap mata pelajaran matematik perlu sesuatu yang dapat menarik minat dan menyenorokkan serta dapat mengurangkan tekanan terhadap proses pemahaman sesuatu konsep matematik. Murid-murid belajar dalam suasana santai serta tidak terlalu bergantung kepada angka yang kaku dan abstrak yang tidak mampu digapai oleh otak kanak-kanak.


Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini