Pendidikan STEM merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling kita!
Pengajaran dan Pembelajaran STEM memerlukan pendekatan yang inovatif dan kreatif yang agar dapat menarik minat murid untuk belajar. Untuk tujuan itu, guru perlu kreatif dalam menyampaikan pengajaran STEM yang dapat menjana kreativiti pelajar dalam pembelajaran STEM. Pengajaran yang kreatif adalah menekankan kepada kemahiran guru dalam memanipulasi maklumat, menghasilkan sesuatu yang baru serta menstrukturkannya berdasarkan pengalaman yang dilalui.
Di sini saya kongsikan, bagaimana aktiviti STEM ini dijalankan untuk kemahiran mengenali sudut.