Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RISE EDUCATOR AWARD 2022

gcsaifulnizan.com - Rise Educator Award 2022
gcsaifulnizan.com - Rise Educator Award 2022
gcsaifulnizan.com - Rise Educator Award 2022 -

Dengan memberikan pendidikan formal yang mengubah hidup kepada menyokong pertumbuhan mental dan emosi murid-murid, jasa guru tidak akan dapat dibayar sepenuhnya.

Kembali untuk tahun kedua, RISE Educator Award 2022 bertujuan untuk mengiktiraf guru yang telah memberi inspirasi kepada murid-murid mereka untuk mencapai bukan sahaja kehebatan dalam bidang akademik di dalam bilik darjah tetapi juga dalam pembangunan sosial mereka, terutamanya semasa pandemik Covid19.

Terdapat 3 kategori Anugerah yang dipertandingkan iaitu RISE Educator of the Year, RISE Educator Award and RISE Educator Award: Taylorian Edition.

Saya tidak menyangka sama sekali untuk disenaraikan sebagai Top 5 finalis untuk edisi tahun 2022. Pencalonan dibuat oleh mereka yang mengenali diri anda dengan menulis dan berkongsi kisah inspirasi anda kepada pihak penganjur.

Taylor’s College dengan keterlibatan pelajarnya, The Risers, telah mengumumkan pemenang kempen RISE Educator Award di Taylor’s Lakeside Campus. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, Taylor’s College meraikan dan memberi penghormatan kepada guru-guru cemerlang yang telah berkhidmat melebihi tanggungjawab mengajar mereka bagi memberi inspirasi kepada kecemerlangan pendidikan dan sosial pelajar mereka.

Finalis dan pencalon mereka dari pelbagai negeri di Malaysia termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang menyertai majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Naib Canselor Taylor’s dan Ketua Pegawai Akademik, Profesor Dr Pradeep Nair dan Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan Lian Lei.

Pada majlis itu, saya telah dinobatkan sebagai RISE Educator manakala cikgu Mohammad Hazeem bin Azemi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau telah dinobatkan sebagai RISE Educator of the Year.

Berikut merupakan kisah saya yang telah dicalonkan oleh Saudara Lutfi bin Lukman Look.

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini