Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

LUAS – INKUIRI PENEMUAN

Luas ialah kuantiti fizikal yang menerangkan saiz sebahagian permukaan. Luas permukaan ialah hasil tambah kesemua luas terdedah sebuah objek.

Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengeksplorasi konsep luas di dalam pembelajaran, aktiviti inkuiri boleh dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan petak 1 cm x 1 cm. Petak-petak ini perlu digunting terlebih dahulu agar masa PdP dapat dioptimumkan sebaiknya. Cikgu juga perlu sediakan beberapa bentuk segi empat tepat dan segi empat sama.

Minta murid menampal petak 1 cm x 1 cm dalam bentuk segi empat tepat dan segi empat sama yang diberikan oleh guru. Tampal petak-petak tersebut sehingga memenuhi ruang.

Setelah kesemua ruang telah ditampal, minta murid mengira berapakah bilangan petak-petak yang digunakan untuk menampal bentuk segi empat tepat dan segi empat sama tersebut?

Ada murid yang mengira satu per satu petak-petak tersebut. Minta murid mengira secara cepat, mungkin mengira mengikut gandaan atau sifir.

Minta murid kaitkan panjang dan lebar segi empat tersebut. Adakah sama dengan jumlah bilangan petak-petak yang digunakan semasa proses penampal tadi.

Guru membimbing murid membentuk formula untuk mencari LUAS segi empat.

Setelah aktiviti penampal, bolehlah teruskan dengan aktiviti ini pula. Berikan lembaran kerja yang megandungi beberapa bentuk segi empat. Kemudian minta murid membuang garisan seperti rajah di bawah:

Guru membimbing murid membentuk formula untuk mencari LUAS segi empat iaitu PANJANG x LEBAR.

KUIZ LUAS MATEMATIK TAHUN 4

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini