Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PERATUS & STEM

Aktiviti STEM dan kemahiran mengira peratusan.

Bahan- bahan yang diperlukan ialah gambar roket cetak atas kertas A4, penyedut minuman saiz kecil dan penyedut minuman saiz besar, gam, pita pengukur dan salotape.

Murid didedahkan tentang pengetahuan struktur dan ciri-ciri sebuah roket. Roket memerlukan kuasa atau daya tujahan yang tinggi untuk membolehkannya terbang tinggi ke angkasa.

Saya telah menetapkan sasaran jarak roket yang perlu dicapai oleh setiap murid iaitu 20 cm. Murid perlu membina roket dalam kumpulan masing-masing. Setiap ahli kumpulan boleh membuat 3 kali cubaan melepaskan roket mereka dan memilih jarak yang paling jauh.

Guru perlu menanda atau membuat garisan permulaan untuk murid meniup roket dan mengukur jarak terbangan roket tersebut. Rekod setiap jarak setiap ahli kumpulan dan kira peratusan jarak yang dicapai daripada jarak sasaran yang telah guru tetapkan.

Kumpulan yang mempunyai jarak dan peratusan yang tinggi dipilih sebagai pemenang.

Di sini saya kongsikan roket yang boleh dicetak oleh cikgu-cikgu:

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini