Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

NOMBOR PERDANA

Inkuiri penemuan untuk Aktiviti nombor perdana.

Setiap kumpulan diberikan 20 penutup botol. Guru menunjukkan jadual inkuiri yang perlu dilengkapkan oleh setiap murid.

Guru membimbing murid membuat formasi lengkap dgn nombor 2, 3 dan 4.

Contohnya nombor 3. Guru meminta 3 orang murid kehadapan dan membentuk formasi lengkap seperti

Contohnya nombor 4. Guru meminta 4 orang murid kehadapan dan membentuk formasi lengkap seperti:

Untuk nombor 5 hingga 20, murid di dalam kumpulan membuat formasi dengan menggunakan penutup botol.

Setelah jadual inkuiri dilengkapkan oleh murid. Guru membimbing murid membuat perkaitan dan rumusan tentang nombor perdana (hanya ada 1 formasi lengkap)

Murid menyebut nombor perdana dalam lingkungan 2 hingga 20.

Sesi penilaian pula…guru menyebut berapa nombor dalam lingkungan 100. Murid menyatakan nombor tersebut nombor perdana atau tidak….kenapa? Sesi sumbang saran.

Berikut ialah Jadual Inkuri dan latihan pengukuhan selepas menjalankan aktiviti di atas.

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini