Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PEMBELAJARAN MERENTAS KURIKULUM

Kelas ganti dengan murid Tahun 1A. Garu kepala juga bila dapat kelas ganti tahun 1 ni…1 jam. Aduh nak buat apa ni…pukul 12:15 p.m. hingga pukul 1:15 p.m.

Tib-tiba datang idea…erm buat aktiviti berunsurkan STEM la. Mula-mula bertanyakan kepada murid mengantuk tak? Ada murid yang kata mengantuk juga cikgu…jadi saya pasang video dan minta murid menyanyi lagu “mengantuk nak tidur mana” lagu Didi n friends.

Sambil-sambil tu minta murid jadi mumia….selepas itu saya bertanya kepada murid-murid tentang bentuk-bentuk atau objek-objek yang terdapat dalam video tadi. Ada yang beri jawapan bulatan, segi empat, piramid.

Saya cuba bermain-main dengan mencungkil idea murid-murid dengan bertanya bentuk apa yang kita boleh buat dengan segi empat ya? Ada murid yang jawab boleh buat kotak, boleh buat katil, boleh buat buku…

Saya tanya murid boleh ke kita buat dadu? Mereka menjawab “boleh cikgu…” Saya pun bagi lembaran kertas yang ada keratan bentangan kubus. Minta murid mengira berapakah bilangan segi empat sama yang ada?

Kemudian saya minta murid menulis 6 perkataan. Saya bimbing murid ini menulis perkataan “saya, roti, lompat, suka, makan, boleh“. Selepas itu murid mengunting dan menampal keratan tersebut sehingga menjadi dadu atau kubus. Cuba bersoal jawab dengan. Sambil mereka mencantumkan bentangan tersebut, saya tanya berapakah sisi yang dimiliki oleh kubus tersebut? dan ciri-ciri sebuah kubus….bucu, sisi, permukaan.

Selepas itu aktiviti diteruskan dengan bermain-main membentuk ayat antara 3 orang murid setiap kumpulan. Setiap murid di dalam kumpulan melambung dadu mereka…bentuk ayat yang mempunyai tiga permukaan yang dipaparkan pada atas dadu tersebut…. “ROTI SAYA LOMPAT“, “SAYA SUKA LOMPAT“, “SUKA LOMPAT LOMPAT“, “BOLEH MAKAN ROTI“…dan macam-macam lagi ayat yang terhasil.

Tergelak-gelaklah murid membaca ayat yang mereka dapat tu… Disamping bermain murid didedahkan dengan elemen STEM.

Alhamdulillah selesai kelas ganti bersama murid tahun 1 hari ini. Cikgu-cikgu yang mengajar murid tahun 1 ni mesti tahu kan betapa tingginya tahap kesabaran dalam mendidik anak-anak ini 😁.

Picture of Cikgu saifulnizan

Cikgu saifulnizan

Let's code for our future

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

post terkini